Thursday, September 17, 2009

Menyambut 'Idilfitri...

Berlakukah transformasi keimanan di dalam diri Ramadhan kali ini?

...Ramadhan yang berbaki 2/3 hari lagi pastinya mempunyai ruang untuk ditampung kekurangannya - yang pastinya tetap ada!

Namun, lambaian 1Syawal 1430H rasanya lebih kuat dalam masyarakat kita. Apatah lagi peranan media, khususnya TV yang memberi penonjolan yang amat ketara ke arah itu!...


Walau apa pun, mungkin ada baiknya kita merujuk kembali
bagaimana caranya Nabi s.a.w. menyambut 'Iidilfitri...

Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga.

Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.
Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia.

Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.
Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta', bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi 'Iidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid. Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Iidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Iidilfitri.

Acara kemuncak pada Hari Raya IidilFitri ini adalah solat sunat Iidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.


Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-'Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua. Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi 'Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Iidilfitri dan Iidiladha.


Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

sumber: Bacaan Umum

Wednesday, September 16, 2009

Khatam Al-Quran Malam 27 Ramadhan

Us Zulkifli dan Ustaz Hizburrahman

Alhamdulillah, Solat Sunat Tarawih di malam 27 Ramadhan
adalah kemuncak dalam menamatkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran 30 Juzu' daripada kedua-dua Imam Hafiz - Ustaz Hizburrahman dan Ustaz Zulkifli dari Baling Kedah...

Kami anak qaryah MDESJ mengucapkan terima kasih
di atas sumbangan kedua-dua mereka dalam mempertabatkan
Al-Quran...

Sebagai tanda penghargaan anak qaryah, sejumlah RM18,538
telah berjaya dikumpulkan untuk malam-malam
25-27 Ramadhan, melalui tabung khas MDESJ
(tidak termasuk sumbangan terus kepada mereka oleh para Jemaah)


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MALAM KHATAM AL-QURAN

Thursday, September 10, 2009

Lailatul Qadar dan Perlepasan dari azab NERAKA



Lailatul Qadar

Di dalam Ramadhan yang mulia ini Allah SWT menghadiahkan kepada hamba-hamba-Nya satu malam yang yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadar. Malam ini dinamakan dengan Lailatul Qadar, diambil daripada kalimah al-Qadar yang bererti kemuliaan atau kedudukan yang tinggi, kerana malam ini adalah malam yang sangat mulia. Ataupun diambil daripada kalimah qadar atau taqdir, kerana pada malam ini Allah SWT memutuskan urusan-Nya dan menetapkan taqdir segala perkara.

Firman Allah I: Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan malaikat Jibril akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar. [Surah al-Qadar: 1-5].

Firman-Nya lagi: Maksudnya:

Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada suatu malam yang diberkati (Lailatul Qadar) dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. laitu urusan yang besar dari sisi Kami, sesungguhnya Kamilah yang mengutus para Rasul. Sebagai rahmat dari Tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Mengetahui. [Ad-Dukhan: 3-6].

Sabda Rasulullah r:

((مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [البخاري ومسلم]

Maksudnya:

“Sesiapa yang bangun (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka baginya keampunan untuk dosa-dosa yang lepas.” [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

Beberapa kelebihan tentang Lailatul Qadar yang dapat diambil dari surah al-Qadar antaranya ialah:

  • Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut yang mana ia memberi petunjuk kepada manusia dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  • Allah SWT menyoal “Apakah kamu mengetahui apakah dia Lailatul Qadar?” Persoalan seperti ini menunjukkan keagungan dan kemuliaan perkara tersebut.• Ia lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 3 bulan).
  • Para Malaikat akan turun ke dunia pada malamnya dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.
  • Malam ini adalah malam kesejahteraan sehingga terbitnya fajar. laitu kesejahteraan daripada neraka dan azab Tuhan bagi hamba yang menghidupkannya dengan amal ibadah.
  • Allah menurunkan kelebihannya dengan menurunkan satu surah penuh yang akan dibaca sehingga ke hari akhirat. Para ulama’ Salaf dikalangan Sahabat dan Tabi’in bersedia dengan mandi dan berwangi-wangian pada malam-malam sepuluh yang terakhir sebagai persediaan untuk beribadat serta mencari dan menjejaki Lailatul Qadar yang telah dimuliakan oleh Allah dan diangkatkan kedudukannya. Rugilah orang yang mensia-siakan umurnya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tampunglah segera kelalaian yang lalu dengan mencari Lailatul Qadar. Sesungguhnya ia menyamai umur manusia bahkan lebih dari itu. Apakah tempoh 83 tahun 3 bulan, sesuatu yang singkat? Beramal pada malam tersebut lebih baik dari kita beramal dalam tempoh 83 tahun, sesiapa yang telah melepaskan peluang kebaikan ini adalah orang yang akan kerugian. Bilakah Lailatul Qadar?
  • Bulan Ramadhan.Tidak syak bahawa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan berdasarkan ayat-ayat al-Quran bahawa aI-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar, dan diturunkan pada bulan Ramadhan. Maka semestinya ia berlaku pada bulan Ramadhan.
    Dalam satu hadis, Abu Zar ra bertanya kepada Nabi SAW, maksudnya:

“Wahai Rasulullah, khabarkan padaku tentang Lailatul Qadar, adakah ia pada bulan Ramadhan?” Jawab Baginda SAW: “Bahkan pada bulan Ramadhan”. [HR: Ahmad dan Nasa’i].

BACA SUMBER ASAL daripada Abu Anas Madani (Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman)

.

Thursday, September 3, 2009

mengharap pengampunan


"Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi."
(Surah al-A'raaf: Ayat 23)