Sunday, March 22, 2009

Tazkirah Subuh #2: Sains Ekonomi dan Al-Quran

Intisari tazkirah Subuh, Sabtu 24 Rabiul Awal 1430
Tajuk: Falsafah Sains Ekonomi Dalam Al-Quran
Oleh: Ustaz Aris Hazlan bin Hj Ismail

Cetusan falsafah ekonomi dalam Islam bermula sejak Nabi Adam diutuskan ke muka bumi - ihktiar baginda mencari makanan!...

Ekonomi dari sudut bahasa (Arab) disebut sebagai 'al-iqtisad (ekonomi) dan al-mal (harta). Terdapat 68 tempat perkataan 'al-mal disebut dalam Al-Quran.

Justeru, ianya menunjukkan kepentingan pengurusan harta di sisi Islam - dari aspek-aspek pemilikan dan bagaimana ia digunakan. Dalam istilah pengurusan apa yang kita kenali sebagai bajet.

Al-Quran membicarakan tiga (3) KATEGORI HARTA:

1. Harta MUTLAK - harta milik Allah secara mutlak. Rujuk An-Nur (24) Ayat 33.

2. Harta MUKAYYAD - harta milik Allah yang diberikan kepada manusia sebagai pemegang amanah atau pengurus. Rujuk Al-Lail (92) Ayat 18.

3. Harta MILIK MASYARAKAT - adanya hak orang miskin dalam harta orang kaya. Rujuk Az Zariyat (51) Ayat 19.

Nota:
Ukuran 'miskin' mengikut Mazhab Syafie adalah "tidak dapat menampung keperluan asas kehidupan". Manakala 'fakir' merujuk kepada lebih separuh dari keperluan tersebut tidak dapat dipenuhi.

Al-Quran juga menegaskan bahawa Allah menyediakan banyak sumber harta yang boleh dicari dan dimiliki di atas muka bumi ini. Sumber-sumber itu adalah:

a. Pertanian,
b. Penternakan,
c. Perlombonngan,
d. Perdagangan,
e. Sedekah,
f. Zakat,
g. Ghanimah,
h. Fai',
i. Jizyah, dan
j. Harta warisan.

Baca SELANJUTNYA catatan Ustaz Aris Hazlan Hj Hashim

Friday, March 20, 2009

CATATAN webLOG MDESJ

.

20 Jun 2009: 00:34 mencapai hit ke-1000

10 Mei 2009: 09:10 mencapai hit ke-400

06 Mei 2009: Tingkatkan liputan wi-Fi, disumbangkan Hisham (internet services)

03 Mei 2009: 12:32 mencapai hit ke-300

16 April 2009: Us Shukri, Hj Sabtu dan Tuan Syed hadiri hands-on CMS DAPAT

10 April 2009: weblog www.MDESJ.net diaktifkan secara rasmi

______________________________________________________
NOTA:
  • Bermula 20 Mac 2009, laman web Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ) ini dibangunkan oleh webAdmin
  • Bermula dengan http://masjidDarulEhsan.blogspot.com dan kemudiannya menggunakan domain berbayar US10.00 setahun www.MDESJ.net


.