Tuesday, November 2, 2010

Wednesday, October 20, 2010

Ibadah Qurban 1431H


Pada 10 Zulhijjah 1431H / 17 November 2010 ( Rabu )
selepas sembahyang Raya 'IdilAdha
di perkarangan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

BAYARAN SATU BAHAGIAN
ADALAH RM390.00
dan 
TERHAD UNTUK 20 EKOR LEMBU SAHAJA

klik imej di bawah untuk maklumat lanjut

Friday, October 8, 2010

Haul Imam Al-Haddad

Friday, October 1, 2010

Majlis Silaturrahim 'Idilfitri 1431H


PENGISIAN MAJLIS 

07:05 PM  -  Azan Maghrib
  • Solat Maghrib Berjemaah 
  • TAZKIRAH MAGHRIB KHAS - Us Mujahid Yusof Rawa

08:14 PM   -  Azan Isyak
  •  Solat Isyak Berjemaah

08:30 PM  -  MAJLIS SILATURRAHIM







...Sekitar majlis tahun 1430H



Friday, September 24, 2010

Syeikh Jibrel di Masjid Al-Falah

BERSAMA SYEIKH JIBREL ( QARI TERKENAL DARI MESIR) DI MASJID AL-FALAH USJ 9 :

1) SOLAT JUMAAT 17 SEPT

2) MAJLIS WIDAK (PERPISAHAN) , SABTU 18 SEPT, MAGHRIB, CERAMAH BELIAU & ISYAK

DI MASJISD ALFALAH USJ 9, SUBANG JAYA .

SIla sebarkan kepada sahabat handai

Jzkallah Khayr

Thursday, August 5, 2010

Jadual TAZKIRAH OGOS 2010

Monday, July 26, 2010

Menyambut Ramadhan - bersama Asia Finance Bank

Majlis di atas usaha salah seorang Pasukan Pengurusan Asian Finance Bank,
yang juga anak qariah MDESJ... Lawati laman web DI SINI

PENGISIAN MAJLIS:
6:45 ptg   -  Ketibaan tetamu
7:00 ptg   -  Marhabban Ramadhan
7:30 ptg   -  Solat Maghrib
                -  Bacaan Yasiin
                -  Tazkirah oleh Ustaz Zamerey Abd Razak
8:40 mlm -  Isyak
                -  Penyampaian Sumbangan 
                    * Kotak Wang kepada Masjid
                    * Anak Yatim Kampung Medan
                   oleh Datuk Mohamed Azahari Kamil
                   (Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank)

                 -  Jamuan 
9:30 mlm  -  Bersurai
                       

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS 

 

Saturday, July 24, 2010

Mesyuarat Agung 2010

Friday, July 2, 2010

Jadual TAZKIRAH Julai 2010

Thursday, July 1, 2010

Ihya' Ramadhan 1431H


NOTA (kemaskini 1):  
Setakat 15 Sya'ban 1431H (27 Julai 2010), kesemua slot BERBUKA PUASA dan Empat (4) slot Sahur telah ada PENAJANYA, Alhamdulillah. 

Nota A: 
KOS TAJAAN, jika diuruskan pihak Masjid adalah seperti berikut:
  • Berbuka Puasa                =  RM1,500.00
  • Sahur (1+10 Terakhir)*   =  RM1,200.00  |* dan Nuzul Quran |
  • Moreh                             =  RM440.00
Nota B:
Sumbangan Ihya' Ramadhan 1430H adalah RM273,374.15. Lihat DI SINI




Surat Pekeliling Rayuan Sumbangan Ikhlas
Tahlil & Ihya' Ramadhan Al-Mubarak 1431H 
Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ)

Kepada semua Jemaah / Anak Qariah MDESJ / Pengunjung laman web ini,
REBUTLAH PELUANG dan GANJARAN
bersempena Ramadhan 1431H ini
yang dikendalikan Pengurusan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya 

Muat-turun /cetak Borang
SUMBANGAN AMAL JARIAH RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H
di bawah ini...


ATAU TERUS MEMBUAT 
BANK TRANSFER  
KLIK bankIN2.MDESJ INI


SEMOGA SUMBANGAN / AMAL JARIAH TUAN /PUAN
DIBERKATI DAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH, INSYAALLAH

Friday, June 11, 2010

CERAMAH BULAN JUN 2010


Kemaskini: gambar-gambar sekitar Ceramah "Sejarah Islam Nusantara"




PROFILE RINGKAS PENCERAMAH

Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin.

Muhamad bin Abdullah Al-Amin. Amin adalah nama di kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan.

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Nilam Puri Kelantan. Selama berada di Kelantan, sering berulang dan belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas. Setelah tamat di UM, ke Maahad Ihsaniah Penang. Diterima masuk ke Universiti Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir.

Sekembalinya, mengambil Diploma Administration of Islamic Judiciary (DAIJ) di UIAM. Selepas itu membuat Master UM. Master kedua di UIAM di dalam LLM (AIOL). Kini sedang menulis di peringkat PhD di Universiti Malaya.

Bermula tahun 2003, mula merantau ke serata negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dengan ulama' yang ditemui, mengambil sanad dari mereka di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turkey, Maghribi,Mesir, Iran,dan lain-lain. Terlibat dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti di Tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan, Gempa bumi di Jogjakarta, Gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain.

Mengasaskan rumah anak yatim di Subang Jaya, seterusnya bersama di dalam Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.

YAYASAN AL-IJABAH
No. 14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah (K9/K) , Seksyen 9 40100 SHAH ALAM
Tel /Fax : 03-5880 1886
Website: http://www.ijabah2u.com    Blog Ustaz Amin: http://www.ustazamin.com

Wednesday, June 2, 2010

Jadual TAZKIRAH Jun 2010

Friday, May 28, 2010

Gotong Royong

Tuesday, May 25, 2010

Daftar Anak Qariah

Friday, May 14, 2010

Video Islami



Lagi video berbentuk pendidikan Islam DI SINI

Tuesday, May 11, 2010

Hari Terbuka Masjid Al-Falah USJ9




Maklumat lanjut dapatkan DI SINI

Thursday, May 6, 2010

Saturday, March 13, 2010

MDESJ ke 26 tahun

1 Rabiul Akhir 1405H - 1 Rabiul Akhir 1431H
Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ) telah mula digunakan pada 1 Rabiul Akhir 1405H (25 Disember 1984)... dan 1 Rabiul Akhir ini (17 Mac 2010) merupakan ulang tahun ke-26nya. MDESJ dirasmikan DYMM Sultan Selangor sembilan bulan berikutnya - iaitu pada 28 Zulhijjah 1405H bersamaan 13 September 1985.

Sejarah 26 tahun MDESJ bersama anak-anak qaryah pastinya telah melalui saat-saat pahit manisnya dalam usaha untuk memakmurkan masjid tercinta ini...  

MUNGKIN ANAK-ANAK QARYAH DAPAT MENINGGALKAN CATATAN /KOMEN KENANGAN PAHIT/MANIS TERSEBUT DI BLOG INI...
 

Baca catatan awal SEJARAH MDESJ  dan catatan naik taraf hiasan dalamannya menjelang Ramadhan 1430H yang lalu DI SINI.

Tuesday, February 16, 2010

Forum Selepas Subuh


ATURCARA MAJLIS
6:24 pagi - Solat Subuh Berjemaah
 6:45 pagi - Ucapan Pengerusi Tetap
  6:50 pagi - Ucapan Nazir                 
      6:55 pagi - Bacaan Ayat-Ayat Al-Quran
7:00 pagi - Dendangan Qasidah     
   7:07 pagi - Forum Bermula               
 8:30 pagi - Sarapan Pagi & Bersurai
  

KENALI AHLI-AHLI PANEL & MODERATOR




YB Ustaz Mohd Nor Hamzah


DUN Bukit Payong, Trengganu
Maklumat lanjut di laman blog beliau

http://dunbpayong.blogspot.com/












Ustaz Nik Mohamad Abduh

39 tahun lulusan Universiti Al-Azhar,

adalah anak YAB TG Nik Aziz

Lawati laman blog beliau
"masanya memilih jalan yang lurus"




Moderator
Ustaz Riduan Mohamad Nor
Pendakwah Bebas / Perunding Motivasi /Penulis
Kini sedang menyiapkan kajian falsafah kedoktoran (PhD)



 
1 Feb 2010 - Forum Perdana Gejala Sosial
Ustaz Riduan Mohd Noor & Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
from manchuping on Vimeo.


...KEMASKINI 27 FEB 5:30PM...

Monday, February 15, 2010

Paderi masuk ISLAM

PADERI dan MASUK SYURGA

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut. Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Saturday, February 13, 2010

hari Valentine

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
flowerred2.jpg
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari 15 Januari 2010

Lihat kreativiti lensa Sdr Shahrin di falak Online


Tuesday, January 12, 2010

Sultan Selangor BERTITAH



SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah bertitah dan sekali gus menunjuk jalan.

Baginda mahu semua pihak di negeri Selangor berpegang teguh kepada pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh semua agama, kecuali Islam.

Baginda memaklumkan yang pendiriannya itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.

Baginda bertitah demikian pada 5 Jan. dalam pertemuan dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa bagi membincangkan perintah hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan, 31 Dis. lalu, membenarkan akhbar mingguan Roman Katolik, Herald, menggunakan kalimah Allah.

Turut menghadap adalah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid, Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin, Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin dan Penasihat Undang-Undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin.

Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu menjadi lebih penting kerana di Selangorlah paling banyak gereja dirosakkan dan Baginda sendiri akrab dengan ramai pembesar bukan Islam.

Selain itu, orang Islam Selangor khasnya dan penduduk Selangor amnya memerlukan panduan yang jelas dan nyata kerana kerajaan Pakatan Rakyat negeri nampaknya berpecah-belah dalam hal ini.

Diharapkan pendirian tegas dan jelas Sultan Sharafuddin Idris Shah ini akan menjadi contoh dan meredakan kegelisahan umat Islam yang tidak mahu kalimah Allah digunakan oleh agama-agama lain.

Titah Baginda itu adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008 yang berbunyi:

“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Adalah diharapkan Raja-Raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu (yakni negeri-negeri yang beraja) yang lain akan segera membuat titah bagi meredakan kegelisahan umat Islam dan menyatakan dengan jelas kepada rakyat jelata bukan Islam mengenai kegelisahan orang Islam itu.

Nota Kaki: Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kedah. Tetapi sejak mula bekerja pada tahun 1969, saya menetap dan mengundi di Selangor. Jadi saya adalah rakyat ke bawah Duli Sultan Selangor. Daulat Tuanku.

Kemelut Pemikiran Agama

Kemelut Pemikiran Agama
Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas
Mantan Ketua Pengarah

06/01/2010 | Utusan Malaysia

Artikel ini telah diterbitkan pada 06 Januari 2008 di akhbar Mingguan Malaysia

SEWAKTU sampai di pejabat sehari selepas Krismas, saya perhatikan ada satu halaman daripada akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 telah diletakkan di atas meja saya. Ternyata kemudian yang ia adalah satu makalah berjudul "Pemimpin gereja menjelaskan penggunaan perkataan ‘Allah'. Saya mula membaca rencana tersebut, dan semakin jauh saya menekuninya semakin memuncak tekanan darah saya. Sesudah meneliti laporan tersebut dan memahami isi kandungannya, dari sedikit gusar saya jadi betul-betul berang.

Joseph Masilamany mengemukakan pendapat bahawa "penggunaan perkataan ‘Allah' untuk merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan dengan meluas untuk beberapa generasi di banyak negara dan bukan bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam", ini tentunya menurut para pemimpin Kristian. Wartawan tersebut menemu ramah penyunting akhbar mingguan Katolik tempatan, Paderi Lawrence Andrews, dan agaknya turut berbicara dengan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Rev. Herman Shastri. Paderi Lawrence dilaporkan mendakwa, "istilah ‘Allah' yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan. Kami mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan ‘Allah' sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan' sebagai terjemahan untuk istilah Lord."

Beliau seterusnya mendakwa bahawa "mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan ‘Allah' telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God." Beliau turut menyatakan bahawa "para penganut Katolik Malta juga menggunakan perkataan ‘Allah' untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat."

Menurut Rev. Herman Shastri, "para penganut Kristian yang tinggal di negara-negara majoriti Muslim menggunakan kalimat ‘Allah' apabila merujuk kepada Tuhan dalam upacara doa umum (liturgy) mereka. Biarpun pihak berkuasa tidak membenarkan penggunaan perkataan-perkataan tertentu, pihak gereja akan terus memakainya kerana perkara ini bersangkut-paut dengan buku-buku suci kami (huruf condong adalah penegasan saya). Pendapat yang serupa turut dinyatakan dalam satu laporan terbitan akhbar The Star pada 28 Disember 2007.

Apa yang mendukacitakan adalah cara dua wakil Kristian tadi menghujahkan dasar pendirian mereka, yang, pada hakikat sebenarnya, hampa dari pertimbangan yang bernas lagi benar.

Biarlah saya tegaskan bahawa dakwaan yang mereka tidak berniat "menyinggung perasaan masyarakat Islam atau menimbulkan kebingungan" sarat dengan unsur perbantahan. Hakikatnya, perlakuan dan sikap mereka dalam mengemukakan hujah telah pun menggusarkan orang Islam. Mereka lupa, atau tidak memahami hakikat bahawa bahasa dan fikiran, yang satunya saling mencerminkan yang satu lagi; dalam perkataan lain, cara untuk mempengaruhi pemikiran adalah melalui bahasa, dan bahasa memberikan kesan terhadap cara seseorang berfikir. Kita telah diperingatkan akan dakwaan mereka, "Bible bahasa Melayu menggunakan ‘Allah' untuk God dan ‘Tuhan' untuk Lord." Jelas bahawa makna-makna bagi istilah tersebut dalam Bible bahasa Melayu yang mereka rujuk, adalah salah. Apakah mereka ingin menunjuk dan mengajar orang-orang Melayu mengenai peristilahan yang betul dalam bahasa Melayu? Bahasa Melayu memahami istilah ‘Tuhan' untuk merujuk kepada God dan bukan istilah Lord. Orang-orang Melayu faham bahawa apabila istilah Arab ‘ilah' digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘God' dan istilah Melayu ‘Tuhan'; dan apabila istilah Arab ‘rabb' digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘Lord'. Justeru, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya "tiada Tuhan melainkan Allah", yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "there is no God except Allah". Sekiranya istilah ‘God' diterjemahkan sebagai ‘Allah', maka terjemahan tersebut akan berbunyi "Tiada Allah melainkan Allah" ("There is no Allah but Allah"), yang merupakan satu percanggahan. Terjemahan yang sebegitu janggal bukan sahaja tidak menjernih dan menyelesaikan masalah, bahkan akan menimbulkan perselisihan dan rasa bingung. Akan tetapi, Paderi Lawrence sememangnya sarat dengan percanggahan. Beliau menggunakan rangkai kata ‘bahasa Malaysia' merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam terbitan mingguan mereka untuk memenuhi keperluan "ramai penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia" di negara ini. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya berhujah dengan menggunakan peristilahan yang terdapat hanya dalam bahasa Melayu. Apabila seseorang itu merujuk kepada satu bahasa yang mencerminkan faham-faham maknawi ajaran-ajaran atau kelaziman aqidah yang tertentu - dalam hal ini bahasa Melayu - dia tidak seharusnya melalaikan pengertian penting bahasa tersebut bernisbah kepada bahasa-bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, jelas bahawa Paderi Lawrence bergantung kepada fakta yang Jemaah Menteri memutuskan bahawa bahasa Melayu tidak lagi dirujuk sebagai ‘bahasa Melayu', tetapi sebagai ‘bahasa Malaysia'. Itu ketetapan siasah dan justeru itu mungkin hanya bersangkutan dengan medan siasah. Secara ringkasnya, bahasa Melayu khusus bernisbah kepada orang-orang Melayu. Ia adalah satu bahasa yang faham- faham utamanya yang berkenaan dengan hakikat insan dan nisbah antara yang kudus dengan yang nista (the Sacred and the profane) telah dilahirkan dari rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu - budaya Melayu itu sendiri terhasil dari agama Islam. Oleh itu, sekiranya peristilahan dari agama lain mengenai faham-faham utama diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ia wajiblah mencerminkan kelaziman Melayu, yang berpunca dari agama Islam.

Paderi Lawrence juga mendakwa, "Kami mengikut Bible," mengenai penggunaan istilah ‘Allah' bila merujuk kepada istilah ‘God'. Apakah itu benar? Apakah beliau betul-betul menggunakan Bible sebagai sumber rujukannya? Terjemahan atau versi Bible mana yang beliau rujuk? Terdahulu kita telah memetik laporan media bahawa Paderi Lawrence mendakwa, "semenjak awal abad ke-19, para penganut agama Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan ‘Allah' digunakan merujuk kepada God, dan para penganut Katolik Malta juga menggunakan istilah ‘Allah' untuk merujuk God dan demikian juga para penganut Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat." Jelas di sini bahawa, sumber rujukannya bukanlah Bible seperti yang didakwanya, tetapi masyarakat Katolik abad ke-19 Malaya, Malta, Indonesia, Pakistan dan Asia Barat. Dengan demikian, Paderi tersebut mengandaikan masyarakat itu satu kejadian hidup (being) yang pasti boleh berfikir dan bertindak berdasarkan akal fikiran. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, masyarakat bukanlah kejadian hidup dan justeru itu tidak mempunyai kebolehan berfikir dan bertindak secara aqliah. Sekiranya sesuatu itu tidak boleh berfikir secara aqliah, bagaimana ia boleh dikutip sebagai sumber rujukan yang sah, apatah lagi dalam hal-ehwal nisbah hubungan antara yang kudus dan yang nista? Tambahan pula dan lebih penting, perkataan ‘Allah' adalah nama khas (proper name), sedangkan kalimat ‘Tuhan' (‘God') adalah istilah umum yang merujuk kepada objek tumpuan kemuliaan teragung yang tiada nama, Pencipta Yang Maha Esa dan Pemerintah alam semesta. Berdasarkan kepada hakikat bahawa perkataan ‘Allah' adalah nama khas, ia bukanlah istilah yang mencerminkan bahasa kebangsaan. Justeru, hujah Paderi Lawrence yang mendakwa Bible Melayu menggunakan istilah itu, seolah-olah penggunaan istilah itu dalam bahasa Melayu mencerminkan bahasa kebangsaan, adalah karut semata-mata. Tambahan pula, walaupun seseorang itu mungkin mengakui bahawa benar orang-orang Kristian Arab di Asia Barat menggunakan istilah ‘Allah', mereka tidak menggunakannya merujuk kepada istilah ‘God' yang tercermin dalam Bible atau terjemahan-terjemahan Bible dalam bahasa Arab. Kalaupun mereka ada menggunakan istilah ‘Allah' dalam pertuturan, itu adalah kerana mereka menuruti kelaziman orang Arab sejauh mana yang berkenaan dengan kebudayaannya, bukan untuk membayangkan sehimpun kepercayaan i‘tiqad yang tertentu. Pernahkah Paderi Lawrence atau Rev. Herman Shastri membaca terjemahan Bible dalam bahasa Arab? Apakah mereka memahami bahasa Arab?

Dari segi falsafah maknawi, tidak terdapat tasawur kefahaman mengenai ‘Allah' dalam agama Kristian, dan dalam sebarang agama yang lain pun begitu juga; oleh kerana itu agama-agama tersebut tidak berhak untuk menggunakan istilah ‘Allah'. Apabila Perdana Menteri memberikan kebenaran kepada dialog ‘antara-agama', pihak-pihak yang terlibat telah bersetuju yang dialog tersebut tidak akan bertentang hujah mengenai akidah, berdasarkan kepada hakikat bahawa pelbagai ajaran agama telah pun "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam perkara-perkara berkisar akidah. Secara amnya semua kalangan yang terbabit telah pun bersetuju dengan ketetapan tersebut. Walau bagaimanapun, sekarang, tampaknya Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri tidak berpuas hati sekadar berbahas mengenai perkara-perkara akhlakiah, justeru kita terpaksa menangkis hal-ehwal berkaitan i‘tiqad yang ditimbulkan tadi.

Tidak ada disebut mengenai nama khas Tuhan dalam Bible. Jika ada yang mendakwa nama Tuhan adalah Jesus, maka kenapa istilah ‘Tuhan' (‘God') diterjemah dengan menggunakan kalimat ‘Allah' dan bukan ‘Jesus'? Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah. Apakah nama khas Tuhan dalam agama Kristian? Sesungguhnyalah kita boleh menghujahkan bahawa ketiadaan nama khas-Nya bercanggah dengan sifat Tuhan Yang Maha Mengetahui. Tidakkah Tuhan mencipta manusia supaya dia mengenal dan menyembah-Nya? Tetapi siapakah yang disembah oleh manusia sekiranya dia tidak kenal siapa Tuhan? Oleh kerana kita telah berhujah bahawa kalimat ‘Allah' adalah nama khas dan pengertian sedemikian tidak ada dalam agama Kristian atau apa-apa juga agama lain, kita bolehlah dengan ini menyimpulkan bahawa sumber rujukan sebenar Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri bukanlah Bible atau perkumpulan masyarakat Katolik abad ke-19 di Malaya, Malta, Indonesia, Pakistan, dan di Asia Barat, tetapi sumber asal mereka adalah al-Quran. Oleh itu, marilah kita meneliti apa yang dinyatakan dalam al-Quran mengenai siapa Tuhan. Untuk tujuan ini, kita rujuk kepada surah al-Quran yang ke-112 dan pengenalan tafsirnya. Pengantar huraian surah tersebut berbunyi,

Peliharalah iman agar sentiasa murni dan tiada cemar.

Allah benar wujud, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal; Yang Maha Kekal Diperlukan, sunyi dari sebarang keperluan; kepada-Nya bergantung semua perkara, kepada-Nya kembali semua benda; Dia tidak beranak, berbapa atau berpasangan. Bagi-Nya tiada suatu pun tara. (Lihat Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur‘an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation.)

Jelas bahawa bahagian akhir penerangan tafsir menyanggah pemerian Tuhan Tiga-Bersatu (Trinity) oleh Bible. Sekiranya pembaca meneliti surah itu, ia berbunyi,

Katakanlah: Dia adalah Allah, Yang Maha Esa. Allah, Yang Maha Kekal Abadi tiada berkesudahan. Tiada Dia beranak, dan tiada pula Dia diperanakkan. Dan bagi-Nya tiada suatu pun tara.

Dari awal-awal lagi nama Tuhan dinyatakan, Allah. Ini diikuti dengan pemerian bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa yang kepada-Nya pengabdian wajib diserahkan, maha suci lagi maha murni yang nyata tiada taranya dengan khalayak makhluk-Nya; sebarang benda yang lain semuanya hanya bayangan pucat bernisbah kepada-Nya. Allah tidak mungkin difahami sebagai memiliki anak atau bapa kerana itu akan memasukkan sifat benda bernyawa dalam kefahaman kita mengenai-Nya; sifat-sifat dan hakikat-Nya tunggal tersendiri tidak ada tara-Nya (ringkasan kepada catatan no. 6296, Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur‘an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation, 1991, ms. 1714). Ayat "tiada Dia beranak, dan tiada pula Dia diperanakkan" menyangkal kefahaman agama Kristian mengenai Tuhan, "Bapa", "Anak", dan seterusnya (rujuk catatan no. 6299 dari sumber yang sama). Bahagian terakhir surah tersebut, Dan bagi-Nya tiada suatu pun tara memberi amaran "jangan menganggapi Tuhan dalam sifat rupa bentuk manusia (anthropomorphism), iaitu kecenderungan untuk menganggapi Allah menurut rupa dan bentuk serta sifat kita sendiri, satu kecenderungan licik yang menyusup dalam setiap zaman dan di kalangan semua bangsa (lihat catatan no. 6300 sumber di atas). Nyata bahawa ‘Tuhan' Islam bukanlah ‘Tuhan' Kristian. Saya nyatakan kepada para pembaca, bahawa pandangan Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri tidak mencerminkan sebahagian besar penganut Katolik, gereja, atau Paus. Sesungguhnya niat serta tujuan mereka bukan sahaja untuk menyerang dan menimbulkan kekalutan di kalangan orang-orang Islam, tetapi juga para penganut Katolik. Kaedah mereka adalah melalui bahasa; akan tetapi, oleh kerana kita menghujahkan hakikat bahawa bahasa dan fikiran adalah saling mencerminkan satu sama lain, sebarang istilah dari satu tradisi pemikiran, apabila diterjemahkan perlulah membayangkan tradisi pemikiran yang asal, jika tidak maka makna sebenar peristilahan yang diterjemahkan akan menjadi kacau-bilau. Dalam hal ini, mereka menghujahkan bahawa menurut tradisi pemikiran Katolik istilah ‘God' diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai ‘Allah', satu kalimat yang mencerminkan tradisi pemikiran Islam. Dan justeru itu, makna sebenar istilah asal ‘God', seperti tergambar dalam tradisi pemikiran Katolik, dengan sengaja sedang dikelirukan.

Tadi telah kita sebut bahawa, dalam kenyataan yang dilaporkan akhbar The Star (28 Disember 2007), Paderi Lawrence menegaskan, "kami telah mengambil keputusan supaya kedudukan kami dari segi undang-undang mengenai penggunaan perkataan tersebut diselesaikan melalui ketetapan mahkamah." Apakah mahkamah memiliki kuasa ke atas tradisi pemikiran agama? Apakah beliau berpendapat mahkamah memiliki kuasa membuat ketetapan mengenai siapa Tuhan? Apakah beliau menyangka mahkamah memiliki kuasa ke atas sekian banyak generasi ilmuwan dan sarjana terpelajar yang pandai lagi berkeahlian mengenai aqa‘id? Eloklah saya mengingatkan beliau, dalam surat peringatan dari pejabat Timbalan Perdana Menteri bertarikh 16 Mei 1986 berkenaan empat peristilahan Islam yang tidak boleh digunakan dalam Bible, dalam apa-apa jua keadaan iaitu: ‘Allah', ‘Kaabah', ‘Baitullah', dan ‘Solat'. Difahamkan keputusan Kabinet itu masih mengikat; dalam hal ini, sebarang tindakan yang dikemukakan oleh pihak Paderi Lawrence ke mahkamah bukan sangat untuk mencabar kedudukan undang-undang berkenaan penggunaan oleh gereja Katolik akan kalimat ‘Allah' untuk menterjemahkan istilah ‘Tuhan' (‘God') dalam Bible. Tetapi lebih dahsyat, ia satu cabaran yang menentang keputusan jemaah Menteri. Malaysia memiliki jemaah Menteri dan Parlimen perwakilan rakyat adalah bertonggakkan Rukunegara. Tiang seri pertama Rukunegara dalam bahasa Inggerisnya, "Belief in God" yang merupakan terjemahan cermat lagi tepat daripada bahasa Melayu "Kepercayaan kepada Tuhan". Terjemahan Inggerisnya tidak berbunyi "Belief in Allah" kerana, barangkali kalau begitu Rukunegara akan dituduh sebagai memaktubkan Malaysia negara Islam atau Islamic State.

Anda tidak memiliki hak atau keizinan untuk menterjemahkan peristilahan yang terdapat dalam satu tradisi pemikiran akidah agama dengan menggunakan ungkapan-ungkapan tradisi pemikiran akidah agama yang lain, khususnya ungkapan-ungkapan yang merujuk kepada siapa itu Tuhan yang tidak ada faham tasdiqnya dalam tradisi anda. Perlihatkan rasa hormat kepada istilah-istilah penting dan erti-erti maknawi yang mencerminkan agama Islam dalam bahasa Melayu, persis sikap orang Islam yang menghormati istilah dan faham dasar anda. Kami tidak merujuk tempat pemujaan anda selaku masjid, tetapi sebagai gereja, kuil, candi dan seterusnya. Kami tidak menganggap pemimpin sembahyang berkumpulan anda sebagai imam, melainkan selaku paderi, sami dan seterusnya. Kami tidak merujuk kepada tumpuan sembahan anda sebagai Allah tetapi sebagai Tuhan. Kami tidak menafikan hak mana-mana golongan penganut agama lain menterjemahkan buku suci masing-masing dalam bahasa Melayu; cuma, seandainya ada yang hendak berbuat demikian, maka golongan tersebut mestilah memiliki ilmu dan keahlian mengenai bahasa Melayu, cukup berdaya cipta lagi kreatif untuk menggunakan peristilahan yang benar-benar mencerminkan tradisi pemikiran akidah agama masing-masing. Sementara itu, adalah wajar bagi Paderi Lawrence Andrews dan Rev. Herman Shastri bersikap lebih teliti, waspada dan berhati-hati.

Sunday, January 10, 2010

Sekilas 32


Ketika saya di Shenzhen kala ini, saya sibuk dengan urusan pengebumian Allahyarham Pak Cik saya, Haji Wahid bin Haji Omar.

Beberapa kali saya dihubungi untuk diminta untuk mengulas mengenai isu penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam.

Saya sudah baca bererapa pendapat. Di Malaysiakini, saya membaca mengenai komen Dr. Asri yang memperlecehkan kenyataan Dato’ Haron Din.

Kesempatan ini saya ingin menulis, sama seperti tulisan saya yang lalu, bukan dari kacamata Islam dan bukan juga dari kacamata orang politik. Tapi reality yang berlaku.

Saya pernah memasuki gereja. Saya pernah memberikan sedikit tazkirah di dalam gereja. Bukan kepada orang Islam tetapi kepada pesakit HIV yang duduk di dalam gereja pertengahan tahun 2009.

Mereka adalah goang yang terlantar sakit dan tidak ada orang Islam yang mengambil dan menjaga mereka.

Para ustaz lebih selesa berforum di atas pentas membicarakan soal kasih sayang dari turun menterjemahkan kasih sayang di dalam tindakan.

Di dalam gereja itu, ada menggunakan perkataan Allah.

Beberapa orang telah meninggal dan ada yang pernah diurus oleh pihak gereja.

Agak-agak kita, ketika orang nazak sakit, katakan datang seorang paderi dan berkata:-

“tak apa, Allah akan memberkati kamu, anaknya Isa juga akan memberkati kamu sebab Allah berfirman bahawa ikutlah anak aku Isa dan kamu akan selamat”

Agak-agak, keliru tak?

Jika ada anak kita nanti sakit di hospital, datang orang dengan baju yang kemas dan berkata:-

Jangan risau, kita doa pada Allah agar Allah menyembuhkan adik, asalkan kita berdoa juga pada anaknya Isa.

Agak-agak, keliru tak?

Kalau ada mangsa banjir yang orang Islam lambat datang, tiba-tiba ada orang datang membawa bantuan:-

“Tak apa, tak payah berterima kasih, ini semua dari Allah, Allah dan anaknya menggerakkan saya dan kawan-kawan untuk datang memberi bantuan di sini”.

Agak-agak, keliru tak?

Alangkan belum dibenarkan secara rasmi pun, mereka telah menggunakannya. Bayangkan kalau kebenaran diberi secara rasmi.

Para ustaz dan Dr serta agamawan berteori banyak. Mereka boleh memukau kita dengan ayat-ayat al-Quran dan hujah-hujah memperlecehkan antara satu sama lain.

Dengan izin Allah, saya berkecimpung terus dengan masyarakat. Dan kebimbangan saya bukan teori. Ia adalah perkara yang benar-benar berlaku.

Ingatlah, membenarkan menggunakan perkataan Allah bukan perkara yang boleh nak dicuba-cuba. Ia bukanlah Try and Error. Ia soal masa depan anak kita.

Ada orang berkata:-

Buat apa takut, Islamkan kuat

Saya tidak takut cuma bimbang, kerana realiti suasana sekeliling tidak membantu kita meningkatkan penghayatan Islam.

Kalau slot TV sudah banyak berbicara pasal Islam, slot radio telah banyak, majalah-majalah Islam telah banyak, kala itu barulah kita boleh berbicara dalam bahasa “untuk berdakwah”

Kala ini, kita masih dalam fasa berusaha mempertahankan Islam yang ada bersungguh-sungguh. Orang kita sendiri tak membantu kita, nak harapkan orang lain? Nak harapkan orang sokong kita hanya dengan sekadar dengan membenarkan penggunakaan nama Allah, atau kita atau anak-anak kita akan semakin keliru dan keliru.

Agamawan teori hanya nanti akan berkata,

“Ah, tak apa, kalau ijtihad kita salah pun, kita dapat satu pahala, kalau betul, kita dapat dua pahala”

Tapi kalau salah itu kesannya lebih teruk untuk anak bangsa, adakah sekadar berkata “tak apa” kala itu.

Ketika saya menemuduga anak-anak yang ingin masuk ke dalam sekolah MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) ada di kalangan ibu ayah yang begitu yakin dengan kefahaman agama anak mereka.

“Ustaz, terimalah anak saya, anak saya bagus dalam ujian KAFA”

Ketika saya bertanyakan bilangan rukun Islam dan rukun Iman, masih ada lagi yang tertukar. Jika masuk ke syurga itu diukur dengan ujian KAFA, sudah tentu anak dia ni tak akan masuk kerana rukun iman dan Islam pun tertukar bilangannya.

Ini yang benar-benar saya hadapi. Kalau itu pun dah keliru, nak harapkan dia tak akan keliru dengan tulisan yang akan digunakan oleh kristian nanti.

“Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa”

Agak-agak, keliru tak?

Saya secara peribadi tidak bersetuju melainkan jika setelah suasana sekeliling menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka. Jika masih belum, maka ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang. Semoga Islam terus terpelihara, amin…

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Januari 09 jam 10.30 malam

* Ada boleh juga membaca artikel di bawah ini


http://www.ustazamin.com/2009/02/sekilas-11-pewartaan-kalimah-allah.html

http://www.ustazamin.com/2009/03/sekilas-12-isu-kalimah-allah-iktibar.html