Showing posts with label Ceramah Bulanan. Show all posts
Showing posts with label Ceramah Bulanan. Show all posts

Friday, June 11, 2010

CERAMAH BULAN JUN 2010


Kemaskini: gambar-gambar sekitar Ceramah "Sejarah Islam Nusantara"




PROFILE RINGKAS PENCERAMAH

Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin.

Muhamad bin Abdullah Al-Amin. Amin adalah nama di kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan.

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Nilam Puri Kelantan. Selama berada di Kelantan, sering berulang dan belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas. Setelah tamat di UM, ke Maahad Ihsaniah Penang. Diterima masuk ke Universiti Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir.

Sekembalinya, mengambil Diploma Administration of Islamic Judiciary (DAIJ) di UIAM. Selepas itu membuat Master UM. Master kedua di UIAM di dalam LLM (AIOL). Kini sedang menulis di peringkat PhD di Universiti Malaya.

Bermula tahun 2003, mula merantau ke serata negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dengan ulama' yang ditemui, mengambil sanad dari mereka di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turkey, Maghribi,Mesir, Iran,dan lain-lain. Terlibat dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti di Tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan, Gempa bumi di Jogjakarta, Gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain.

Mengasaskan rumah anak yatim di Subang Jaya, seterusnya bersama di dalam Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.

YAYASAN AL-IJABAH
No. 14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah (K9/K) , Seksyen 9 40100 SHAH ALAM
Tel /Fax : 03-5880 1886
Website: http://www.ijabah2u.com    Blog Ustaz Amin: http://www.ustazamin.com

Tuesday, February 16, 2010

Forum Selepas Subuh


ATURCARA MAJLIS
6:24 pagi - Solat Subuh Berjemaah
 6:45 pagi - Ucapan Pengerusi Tetap
  6:50 pagi - Ucapan Nazir                 
      6:55 pagi - Bacaan Ayat-Ayat Al-Quran
7:00 pagi - Dendangan Qasidah     
   7:07 pagi - Forum Bermula               
 8:30 pagi - Sarapan Pagi & Bersurai
  

KENALI AHLI-AHLI PANEL & MODERATOR




YB Ustaz Mohd Nor Hamzah


DUN Bukit Payong, Trengganu
Maklumat lanjut di laman blog beliau

http://dunbpayong.blogspot.com/












Ustaz Nik Mohamad Abduh

39 tahun lulusan Universiti Al-Azhar,

adalah anak YAB TG Nik Aziz

Lawati laman blog beliau
"masanya memilih jalan yang lurus"




Moderator
Ustaz Riduan Mohamad Nor
Pendakwah Bebas / Perunding Motivasi /Penulis
Kini sedang menyiapkan kajian falsafah kedoktoran (PhD)



 
1 Feb 2010 - Forum Perdana Gejala Sosial
Ustaz Riduan Mohd Noor & Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
from manchuping on Vimeo.


...KEMASKINI 27 FEB 5:30PM...

Tuesday, December 15, 2009

Cabaran Perubahan - bersempena Maal Hijrah 1431H

semua dijemput hadir ke majlis
InsyaAllah, CERAMAH BULANAN bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1431H, Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ) telah mengaturkan Prof Dr Haji Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Johor untuk berkongsi pengalamannya dengan tajuk

" MENANGANI CABARAN PERUBAHAN
- dari Perspektif Falsafah Ibadah Haji "


Jumaat 1 Muharram 1431H / 18 Disember 2009 selepas solat Maghrib


Ini merupakan kedua kalinya Prof Kamil sudi berkongsi pengalamannya dalam slot Ceramah Bulanan di MDESJ. Pada 6 Mei 2009, beliau berkongsi pengalaman dan memberi MOTIVASI HAJI - Mengubah Sempadan Iman.

Nota:
Prof Muhd Kamil adalah seorang Profesor Perakaunan, kini Pengarah UiTM Johor. Beliau juga adalah seoarang Ahli Jawatankuasa Dakwah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Friday, July 17, 2009

Ceramah Isra' & Mi'raj


Beliau memperkenalkan modul PASAK
(Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Sains
dalam Al-Quran)
dalam proses pembangunan modal insan


Biodata Prof Madya Dr Mohd Arip DISINI







Layarilah weblognya PASAK / ASIQ


Thursday, July 16, 2009

CERAMAH BULAN JULAI 2009 - NIK ABDUH


Ustaz Nik Abduh 38 tahun lulusan Universiti Al-Azhar,
adalah anak YAB TG Dato' Nik Aziz Nik Mat

Kunjungi blog beliau
"Masanya Memilih Jalan Yang Lurus -
TIADA KEHIDUPAN MELAINKAN AKHIRAT"


Nota Kemaskini |17 Julai 2009, 10.10 malam|

Di atas sebab-sebab yang tidak diduga, slot ceramah yang dirancang sebelum ini kembali kepada program asalnya - iaitu kuliah Maghrib bulanan Ustaz Nik Abduh - hanya Allah sebaik-baik Perancang.



Tuesday, June 16, 2009

Di sekitar ceramah Ustaz Hasrizal...



Alhamdulillah, Ceramah Bulanan bertajuk

"PENJENAMAAN SEMULA DAKWAH dan IMARAH MASJID"

telah berjaya menarik minat jemaah malam tadi.


Ternyata pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil semasa berdakwah di Ireland Utara /United Kingdom amat berguna untuk dimanfaatkan di kalangan anak qariyah khususnya dan Malaysia amnya, InsyaAllah

Pendekatan bersantai dalam penyampaian ceramahnya...

Hampir 300 Jemaah MDESJ (dan dari luar qariyah) kusyu' mengikutinya...


...bersua kali pertama di Pejabat MDESJ
Ustaz Hasrizal dan Ustaz Shukri
Nota: Intisari ceramah beliau akan dimuatkan kemudian, InsyaAllah.

Tuesday, June 2, 2009

Ceramah Bulan Jun 2009

.




Latarbelakang dan pendidikan Ustaz Hasrizal DI SINI
Beliau lebih dikenali sebagai Abu Saif
di blognya
Saifulislam.com

Seorang penulis. Telah menghasilkan buku
'best seller'

Aku Terima Nikahnya


dan terbaru siri Travelog Tarbiah
"Rindu Bau Pohon Tin"


Kini pendekatan dakwahnya mula mendapat tempat
di persada media elektronik tempatan.

Kunjungilah blog beliau untuk membaca nukilan
mindanya melalui falsafah


"ERTI HIDUP PADA MEMBERI"


Wednesday, April 15, 2009

InsyaAllah, ...akan datang!

InsyaAllah, slot Ceramah Bulanan untuk Mei 2009 akan diisi oleh Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Johor. Beliau seorang Profesor Perakaunan yang juga penulis buku 'Best Seller' Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman.

Tajuk Ceramah beliau ialah "MENGUBAH SEMPADAN IMAN"... 6 Mei 2009

Lawatilah laman blog beliau Kehidupan Ringkas tapi Signifikan - yang juga Blogroll pilihan (rujuk di sidebar sebelah kanan).

Tunggu makluman selanjutnya nanti.... Klik gambar di bawah untuk maklumat terkini SIRI DAKWAH bersantai beliau. Semoga ada manfaatnya, InsyaAllah.




.