Tuesday, May 25, 2010

Daftar Anak Qariah

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Apa sudah jadi??? Buat mesyuarat AGM utk sahkan akaun 2009 tapi akaun 2009 tak dibentangkan pada jemaah. Buang masa betul AJK. Macamana pulak ada ahli Pekemas yg aktif juga menjadi AJK MDESJ. Ini sudah ada agenda lain dgn menggunakan dana masjid. Konon nak jadikan masjid contoh di SJaya dlm 3tahun, angan2 mat jenin.

    Senarai masaalah yg timbul;
    1.Mengapa gaji & elaun Imam dikurangkan?
    2.Mengapa siak diberi 6bulan kontrak kerja?
    3. Cukupkah RM30 elaun henfon utk sebulan imam berinteraksi dgn muslimin muslimat SJaya?
    4. Akta Buruh melindungi pekerja dari dianiayai oleh pengurusan. Semua gaji & elaun mesti sama atau lebih baik tetapi tidak boleh kurang dari apa yg diterima sebelum ini.
    5. Kenapa Nazir tak boleh ganti jadi Imam sekiranya Imam sakit atau ada hal peribadi?
    6. AJK MDESJ tak pernah terima taklimat JAIS
    7. Peti cadangan dipegang oleh Nazir atau Setiausaha sahaja. jadi, kalau ada rungutan mengenai mereka berdua, cadangan akan dibuang tanpa pengetahuan sesiapa.
    8.Nazir tidak tau membezakan surat tawaran kerja dgn kertas, sebab dia menyakinkan Imam utk menandatangan kontrak dgn alasan ianya hanya 'kertas'.
    9.Jemaah tak akan sahkan akaun 2009 selagi perkara2 atas tidak diperbetulkan.
    10. Nazir perlu lah ada latar belakang keagamaan utk membantu perjalanan masjid & imam.
    11. AJK yg menghina & mencaci Imam mestilah meminta maaf secara bertulis. Bolehkah AJK mengatakan 'Jgn jadi mcam Imam Nukman, kesana kemari tapi tak kaya2'!
    12. Cuba fikirkan....sebagai seorang pekerja, mau kah kita terima gaji & elaun yg lebih rendah tapi membuat kerja yg sama saperti dulu?
    Nazir juga dulu bekerja di Petronas tapi gaji & elaun dinaikkan setiap tahun. Tetapi kenapa utk Imam, permata & ketua masjid gaji & elaun mereka dikurangkan. Seaptutnya dinaikkan kalau nak jadi masjid contoh!!!!

    ReplyDelete