Intisari tazkirah Subuh, Sabtu 24 Rabiul Awal 1430
Tajuk: Falsafah Sains Ekonomi Dalam Al-Quran
Oleh: Ustaz Aris Hazlan bin Hj Ismail
Cetusan falsafah ekonomi dalam Islam bermula sejak Nabi Adam diutuskan ke muka bumi - ihktiar baginda mencari makanan!...
Ekonomi dari sudut bahasa (Arab) disebut sebagai 'al-iqtisad (ekonomi) dan al-mal (harta). Terdapat 68 tempat perkataan 'al-mal disebut dalam Al-Quran.
Justeru, ianya menunjukkan kepentingan pengurusan harta di sisi Islam - dari aspek-aspek pemilikan dan bagaimana ia digunakan. Dalam istilah pengurusan apa yang kita kenali sebagai bajet.
Al-Quran membicarakan tiga (3) KATEGORI HARTA:
1. Harta MUTLAK - harta milik Allah secara mutlak. Rujuk An-Nur (24) Ayat 33.
2. Harta MUKAYYAD - harta milik Allah yang diberikan kepada manusia sebagai pemegang amanah atau pengurus. Rujuk Al-Lail (92) Ayat 18.
3. Harta MILIK MASYARAKAT - adanya hak orang miskin dalam harta orang kaya. Rujuk Az Zariyat (51) Ayat 19.
Nota:
Ukuran 'miskin' mengikut Mazhab Syafie adalah "tidak dapat menampung keperluan asas kehidupan". Manakala 'fakir' merujuk kepada lebih separuh dari keperluan tersebut tidak dapat dipenuhi.
Al-Quran juga menegaskan bahawa Allah menyediakan banyak sumber harta yang boleh dicari dan dimiliki di atas muka bumi ini. Sumber-sumber itu adalah:
a. Pertanian,
b. Penternakan,
c. Perlombonngan,
d. Perdagangan,
e. Sedekah,
f. Zakat,
g. Ghanimah,
h. Fai',
i. Jizyah, dan
j. Harta warisan.
Baca SELANJUTNYA catatan Ustaz Aris Hazlan Hj Hashim
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
3 days ago
No comments:
Post a Comment