Thursday, August 13, 2009

Gotong Royong Sempena Ramadhan


Kerja-kerja utama menaiktaraf hiasan dalaman Masjid Darul Ehsan akan disempurnakan pada 19 Ogos 2009, insyaAllah.

Justeru itu, dalam persiapan anak qaryah menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak 1430H pihak Masjid akan menganjurkan kerja gotong-royong membersihkan bahagian dalam dan luar Masjid Darul Ehsan Subang Jaya; pada hari dan masa yang dinyatakan di atas.


Nota: Gotong-royong pada 16 Ogos (Ahad) hanya melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan landskap /pokok-pokok bunga dan persekitarannya



FOKUS GOTONG-ROYONG TERSEBUT ADALAH
  • menempatkan semula rak-rak Al-Quran ke tempat asal
  • menyusun mushaf Al-Quran dan kitab-kitab ke atas rak
  • mengemas stor dan dapur serta menyimpan barangan mengikut kategori
  • melipat telekong, memasang langsir dan mengemas bilik mesyuarat - tugasan Muslimat
  • membersihkan kawasan (luar) sekeliling Masjid dan longkang - memerlukan 'gardening tools'

KEMASKINI AKTIVITI

MENGEMAS KAWASAN TAMAN MASJID | 16 Ogos 2009 |





MENGEMAS KAWASAN DALAM MASJID | 20 Ogos 2009 |




.

No comments:

Post a Comment