Di dalam Ramadhan yang mulia ini Allah SWT menghadiahkan kepada hamba-hamba-Nya satu malam yang yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadar. Malam ini dinamakan dengan Lailatul Qadar, diambil daripada kalimah al-Qadar yang bererti kemuliaan atau kedudukan yang tinggi, kerana malam ini adalah malam yang sangat mulia. Ataupun diambil daripada kalimah qadar atau taqdir, kerana pada malam ini Allah SWT memutuskan urusan-Nya dan menetapkan taqdir segala perkara.
Firman Allah I: Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan malaikat Jibril akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar. [Surah al-Qadar: 1-5].
Firman-Nya lagi: Maksudnya:
Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada suatu malam yang diberkati (Lailatul Qadar) dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. laitu urusan yang besar dari sisi Kami, sesungguhnya Kamilah yang mengutus para Rasul. Sebagai rahmat dari Tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Mengetahui. [Ad-Dukhan: 3-6].
Sabda Rasulullah r:
((مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [البخاري ومسلم]
Maksudnya:
“Sesiapa yang bangun (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka baginya keampunan untuk dosa-dosa yang lepas.” [HR: Al-Bukhari dan Muslim].
Beberapa kelebihan tentang Lailatul Qadar yang dapat diambil dari surah al-Qadar antaranya ialah:
- Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut yang mana ia memberi petunjuk kepada manusia dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Allah SWT menyoal “Apakah kamu mengetahui apakah dia Lailatul Qadar?” Persoalan seperti ini menunjukkan keagungan dan kemuliaan perkara tersebut.• Ia lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 3 bulan).
- Para Malaikat akan turun ke dunia pada malamnya dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.
- Malam ini adalah malam kesejahteraan sehingga terbitnya fajar. laitu kesejahteraan daripada neraka dan azab Tuhan bagi hamba yang menghidupkannya dengan amal ibadah.
- Allah menurunkan kelebihannya dengan menurunkan satu surah penuh yang akan dibaca sehingga ke hari akhirat. Para ulama’ Salaf dikalangan Sahabat dan Tabi’in bersedia dengan mandi dan berwangi-wangian pada malam-malam sepuluh yang terakhir sebagai persediaan untuk beribadat serta mencari dan menjejaki Lailatul Qadar yang telah dimuliakan oleh Allah dan diangkatkan kedudukannya. Rugilah orang yang mensia-siakan umurnya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tampunglah segera kelalaian yang lalu dengan mencari Lailatul Qadar. Sesungguhnya ia menyamai umur manusia bahkan lebih dari itu. Apakah tempoh 83 tahun 3 bulan, sesuatu yang singkat? Beramal pada malam tersebut lebih baik dari kita beramal dalam tempoh 83 tahun, sesiapa yang telah melepaskan peluang kebaikan ini adalah orang yang akan kerugian. Bilakah Lailatul Qadar?
- Bulan Ramadhan.Tidak syak bahawa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan berdasarkan ayat-ayat al-Quran bahawa aI-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar, dan diturunkan pada bulan Ramadhan. Maka semestinya ia berlaku pada bulan Ramadhan.
Dalam satu hadis, Abu Zar ra bertanya kepada Nabi SAW, maksudnya:
BACA SUMBER ASAL daripada Abu Anas Madani (Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman)“Wahai Rasulullah, khabarkan padaku tentang Lailatul Qadar, adakah ia pada bulan Ramadhan?” Jawab Baginda SAW: “Bahkan pada bulan Ramadhan”. [HR: Ahmad dan Nasa’i].
.
No comments:
Post a Comment