Friday, December 11, 2009

Air-Cooler @MDESJ

Allah memberi kesukaan yang luar biasa kepada saya. Subuh tadi saya bersolat di Masjid Subang Jaya, masjid yang berhadapan dengan Subang Parade. Saya salah seorang yang terawal sampai. Dan ia bukanlah masjid yang asing kerana pernah beberapa kali bersolat di sini dan pernah juga menyampaikan ceramah.

Saya terpandang “air-cooler” dan bertanya insan yang berada di sebelah saya [nota: insan ini tentu sekali mengenali saya]: “berapa harga air-cooler tersebut?”.

Saya terfikir untuk membelinya bagi kegunaan masjid As-Syakirin, UiTM Johor. Terlintas di hati yang ia boleh menjimatkan belanja masjid ketika jemaah tidak ramai.

Misalnya di waktu universiti bercuti maka tidak perlulah kami membuka air-cond yang besar belanjanya.

“Minta maaf prof, saya tidak tahu. Ia termasuk dalam RM800,000 yang orang derma untuk ubah-suai masjid,” beliau berbisik. Saya mendiamkan diri!

Ketika di Majlis Anugerah Kualiti, saya menerima SMS: “Prof, harganya dalam RM1350/unit. Kalau prof nak beli untuk masjid UiTM Johor, saya waqafkan 2 unit, InsyaAllah”.

Saya sangat bersyukur dengan limpah kurnia yang Allah anugerahkan. “Ya Allah, Kau ampunilah kami, banyak sungguh nikmat yang engkau limpahkan kepada kami. Kau mulia dan berikanlah rezeki yang berlipat ganda kepada insan yang sangat mulia ini….”.

Petang tadi saya terus menempah air-cooler tersebut dan InsyaAllah, mereka akan menghantar terus ke pintu masjid pada hari Isnin ini!

Lihatlah bagaimana kebesaran Allah. Hotel di Shah Alam penuh rupanya bersebab. Dia mahu saya bersolat subuh di sini dan ………!

Subhanallah!.... DIPETIK dari entri blog Prof Kamil.

No comments:

Post a Comment