Tuesday, May 26, 2009

BELAJAR KERANA MENCARI, BUKAN KERANA DIBERI

Mereka yang lahir dan dibesarkan bukan sebagai Muslim, mencari Tuhan dan kebenaran. Sepanjang perjalanan itu, mereka menyoal, menerima maklumat dan seterusnya mengkritik hingga akhirnya menjadi Iman. Iman iaitu sesuatu yang dipercayai, bukannya diketahui.

Bagaimana dengan saya yang lahir dan dibesarkan sebagai Muslim? Jalannya berbeza.

Saya belajar Aqidah sebagai subjek dan pengetahuan, bukan sebagai sebahagian kembara diri mencari kebenaran. Lantas Aqidah yang saya pelajari, tidak memberikan impak kepada diri. Saya tahu Allah ada, tetapi kehidupan saya boleh sahaja menggambarkan Allah itu tiada. Mengapa begitu? Saya menghafal Aqidah, bukan mempercayainya.

Agar tidak jadi begitu, saya meminjam alat yang diguna pakai oleh orang yang mencari Tuhan dan kebenaran, iaitu bertanya, berfikir, mengkritik, memahami, dan akhirnya mempercayai.

Timbulkanlah sebab, agar anda mengenal Tuhan kerana mencari-Nya.

Berfikir, sangat berbeza dari menghafal idea. Sebagaimana saya mahu jauh dari sekadar menghafal iman, begitu jugalah saya enggan menghafal perjuangan dan erti kehidupan. Berfikir, menghasilkan buah fikiran. Menghafal idea, hanya memuntahkan slogan yang berjela.

Kerana itu, saya alah dengan hafalan idea. Saya jemu dengan stereotype. Saya bosan dengan slogan dan pengulangan motto yang konsepsual dan tidak praktikal.

Saya tidak suka bertemu dengan kenyataan “Al-’Ilm, Maa QaaLa Allah wa Qaala Al-Rasool” (Ilmu itu ialah Firman Allah, dan Sabda Rasul) disanadkan kepada tulisan sesiapa dengan sewenang-wenangnya. Firman Allah dan Sabda Nabi S.A.W memang sentiasa benar. Saya meyakininya 100%, dengan kepuasan akal dan hati pada meyakininya. Tetapi jika maksud kenyataan itu ialah, asalkan didatangkan ayat al-Quran dan Hadith Sahih, maka sahihlah sesuatu pendapat… ada kebingungan di situ. Ada gangguan sistem logik di situ...

Baca SELANJUTNYA catatan SaifulIslam.com

No comments:

Post a Comment